Kolej Latihan Profesional di Jepun

Kedudukan Kolej latihan profesional

Kolej latihan professional diletak sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, dan bersamaan dengan Universiti dan Maktab rendah,

Di kolej latihan profesional, pelajar pelajar mempelajari bidang kepakaran dan kemahiran tertentu yang diperlukan untuk mengambil pekerjaan/kategori kerja dan memperolehi keupayaan praktikal untuk menjadi tenaga kerja yang terdekat.

Banyak kolej-kolej latihan professional menawarkan kursus-kursus dua tahun, tetapi terdapat juga kursus-kursus 1 tahun, 3 tahun dan 4 tahun bergantung kepada kandungan akademik atau ciri-ciri pekerjaan yang disasarkan. Graduan yang telah menamatkan dua atau tiga tahun kursus mendapat diploma, manakala graduan yang telah menamatkan kursus 4 tahun memperolehi diploma lanjutan. Mereka yang memegang diploma boleh memindahkan ke tahun ketiga universiti, mereka yang memegang diploma lanjutan boleh mendaftar di sekolah-sekolah siswazah.

Kandungan pendidikan kolej latihan profesional

Kini kolej latihan professional menyediakan pelbagai pilihan pendidikan untuk menampung pelbagai pekerjaan dan kategori pekerjaan. Kursus diklasifikasikan kepada 8 kategori mengikut kandungan pendidikan atau pekerjaan / kategori pekerjaan.

Bidang Kandungan pendidikan
Teknologi Pemprosesan Maklumat dan IT, Permainan, CG, Penyelenggaraan Automobil dan Teknologi Kereta Api, Mesin, Elektrik dan Teknologi Elektronik, Seni Bina dan Kejuruteraan Awam, dan lain-lain.
Pertanian Pertanian, Hortikultur, Penternakan Haiwan, Landskap, Bioteknologi, Kimia dan Biologi, Perlindungan dan Pemeliharaan Alam Semula Jadi, dan sebagainya.
Rawatan Perubatan Jururawat, Penjagaan, kebersihan gigi, Juruteknik pergigian, Pemeriksaan klinikal, Terapi fizikal, Terapi pekerjaan, Pendengaran ucapan, Penetap tulang, Penyelamat nyawa kecemasan, dan sebagainya.
Penjagaan diri dan pemakanan Gunting Rambut, Salun Kecantikan, JuruSolek, Esthetician, Pemakanan, Memasak, Kuih muih,Roti, dan sebagainya.
Pendidikan dan Kebajikan Penjagaan kanak-kanak, Pendidikan prasekolah, Penjagaan kebajikan kejururawatan, Kebajikan sosial, Kebajikan Kesihatan Mental, dan sebagainya.
Perniagaan Perniagaan, Perakaunan dan Penyedian akaun, Perjalanan, Pelancongan dan Hotel, Pembiayaan, Pengurusan, Pentadbiran Hospital, Keselamatan Awam, dll.
Fesyen dan Ekonomi Utama Rekaan fesyen, Perniagaan Fesyen,Membuat pakain gaya Barat dan Jepun, Mengait, Kraf tangan, dan sebagainya.
Budaya dan Pendidikan Umum Muzik, Video, Siaran, Permainan Teater, Filem, Fotografi, Komik, Bahasa asing, Penjawat awam, Sukan dan Kesihatan, Haiwan, dan sebagainya.

Laluan selepas menamatkan pengajian di kolej latihan profesional

Kurikulum yang dibina oleh kolej latihan profesional terdiri daripada pengetahuan khusus dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil pekerjaan atau kategori pekerjaan yang dihajatkan. Penekanan diberi terutamanya pengajaran praktikal untuk memperolehi kemahiran praktikal, dimana banyak pengajaran praktikal yang telah ditugaskan. Bukan sahaja pengajaran di sekolah, tetapi juga tempat kerja program latihan (internship) giat dilaksanakan di kolej latihan professional untuk membolehkan pelajar memperolehi kemahiran praktikal ketika bekerja di tempat kerja seperti sebuah syarikat.

Selepas menamatkan pengajian di kolej latihan profesional, ramai pelajar mendapat pekerjaan sebagai seorang professional dengan syarikat-syarikat yang membolehkan mereka menggunakan apa yang mereka belajar disana.

Setengah pelajar memasuki ke universiti atau mendaftar di sekolah-sekolah siswazah untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran mereka sebelum bekerja di dunia nyata. Selepas pekerjaan, dalam banyak kes, mereka meningkatkan kerjaya sebagai seorang profesional, dan memainkan peranan yang aktif sebagai pakar.

PAGETOP