Mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran di Jepun

  • HOME »
  • Mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran di Jepun

Peringatan penting dalam mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran di Jepun

Untuk belajar kepakaran dan kemahiran baru sambil tinggal di negara asing dipanggil Jepun, adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang sah tentang Jepun sebelum datang.

Hendaklah menjadi perkara yang patut untuk anda mendapat dan memahami maklumat terperinci tentang ‘’Pembelajaran di Jepun’’ daripada sekolah bahasa Jepun atau kolej latihan profesional atau universiti yang anda akan mendaftar. Namun itu sahaja tidak mencukupi.

Pembelajaran di Jepun dibina atas kehidupan hari-harian. Oleh itu adalah penting untuk anda memahami pelbagai perkara tentang ‘’Tinggal di Jepun’’ sebanyak mungkin sebelum datang ke Jepun. Cara anda mengendalikan perkara amat berbeza antara Jepun dan negara anda. Sebagai contoh, apa yang anda perlu melakukan jika sakit, bagaimana untuk menyewa flat dan lain-lain..

Untuk mengumpul maklumat tentang cara pengendalian situasi tersebut, internet adalah sangat berguna. Sebagai contoh, maklumat yang sah boleh didapatkan dari laman web pejabat kerajaan Jepun dimana fungsinya adalah untuk menyebarkan maklumat ke negara lain. Selain itu terdapat juga laman web syarikat atau badan swasta yang menyasarkan pelajar antarabangsa dan maklumat terpapar di sana adalah juga berguna.

PAGETOP