Laman web yang menyediakan maklumat mengenai belajar di Jepun

Maklumat umum mengenai pembelajaran di Jepun

Ini adalah laman web dioperasi oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Jepun dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun dan orgarnisasi berkaitan seperti Persatuan Bekas Pelajar Asing. Ia meliputi semua maklumat tentang para pemohon yang ingin belajar di Jepun, pelajar antarabangsa, dan bekas pelajar antarabangsa. Walaupun kebanyakan maklumat adalah untuk bakal pelajar yang akan belajar di universiti atau kolej lepasan ijazah, maklumat ini juga berguna kepada mereka yang ingin mendaftar di sekolah bahasa Jepun dan kolej latihan profesional kerana ia meliputi bagaimana untuk memilih sekolah bahasa Jepun dan kolej latihan profesional tersebut. Maklumat disediakan dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Thai, India, Vietnam, Arab, English, Perancis, Jerman, Rusia, Cina, dan Korea.

Malumat mengenai biasiswa pendidikan Jepun dan Peperiksaan EJU boleh didapati.

Terdapat juga koleksi pautan yang menyediakan maklumat asas mengenai pembelajaran di Jepun dan maklumat berguna untuk mencari sekolah. Versi bahasa English juga boleh didapati.

Laman portal dioperasi oleh Organisasi Japan Student Services (JASSO) bermatlamat untuk memberi maklumat menyeluruh tentang pembelajaran di Jepun. Terdapat banyak pautan laman web yang boleh memberikan maklumat berguna tentang sebelum, semasa, dan selepas belajar di Jepun.

Laman web yang menyediakan maklumat mengenai pembelajaran di Jepun menyasarkan pelajar antarabangsa dioperasi oleh Persatuan Kebudayaan Pelajar Asia (ASCA) dan Perbadanan Benes. Ia mengandungi kandungan untuk pemohon yang berminat belajar di universiti atau kolej lepasan ijazah di Jepun. Pemohon juga boleh menggunakan laman web tersebut untuk mencari kolej latihan profesional. Kebanyakan maklumat yang disediakan adalah maklumat asas tentang pembelajaran di Jepun. Maklumat disediakan dalam bahasa Jepun, Thai, India, Vietnam, English, Cina(Tradisional · Ringkas), dan Korean. Di dalam ‘’Panduan Hidup Pelajar Antarabangsa’’ laman web ini, anda boleh mendapatkan maklumat berguna tentang tinggal di Jepun (membuka akaun bank, mengeluarkan sampah, mencari flat dan lain-lain) manakala dalam ruang biasiswa anda boleh mencari pelbagai program biasiswa.

Laman web dioperasi oleh Cute Japon Co Ltd ini menerbitkan risalah percuma untuk orang yang mencari maklumat mengenai pembelajaran di Jepun dan bekerja di Jepun bawah Program Kerja Sambil Bercuti. Anda boleh mencari kolej latihan profesional dan sekolah bahasa Jepun. Selain itu anda boleh mengumpul maklumat tentang kerja sambilan dan penginapan flat. Maklumat tersebut disediakan dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, English, Cina (Tradisional· Ringkas) dan Korea.

Laman web dioperasi oleh Access Lead Co. Ltd yang membantu hal ehwal perhubungan awam dan operasi institusi pembelajaran. Anda boleh mencari kolej latihan profesional. Ia juga menyediakan maklumat asas mengenai tinggal di Jepun.

Laman web khusus untuk pembelajaran di Kyoto dioperasi oleh Rangkaian Pelajar Antarabangsa Study Kyoto. Anda boleh mencari kolej latihan profesional dan sekolah bahasa Jepun di kawasan Kyoto. Ia juga menyediakan maklumat tentang tinggal di Jepun dan pelancongan di Kyoto. Maklumat ini diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Thai, Vietnam, English, China (Tradisional · Ringkas) dan Korea.

Maklumat mengenai kolej latihan profesional dan sekolah bahasa Jepun

Senarai kolej latihan profesional yang menerima pelajar antarabangsa boleh dilihat di halaman ‘’Persatuan Kebangsaan Kolej Latihan Profesional, Jawantankuasa Tetap – Jawatankuasa Pelajar Antarabangsa’’.

Laman web ini dioperasi oleh Persatuan Institusi Profesional Metropolitan Tokyo. Anda boleh mencari kolej latihan profesioal mengikut kategori bidang, kelayakan yang boleh diperolehi, nama sekolah dan kata kunci lain. Disediakan dalam bahasa Jepun, Vietnam, English, China (Tradisional · Ringkas) dan Korea.

Anda boleh muat turun ‘’Buku Panduan Kolej Latihan Profesional Jepun’’ diterbitkan oleh Persatuan tersebut. Buku Panduan ini disediakan dalam 14 bahasa. Buku panduan (versi ringkas) disediakan dalam 7 bahasa.

Ini adalah organisasi yang menjalankan penilaian dan pensijilan institusi pengajian bahasa Jepun. Pada laman web ini anda boleh mencari sekolah bahasa Jepun yang berdaftar dibawah persatuan ini. Laman web ini juga menyediakan maklumat sekolah seperti bilangan pelajar, negara asal/ kawasan, jenis kursus, kadar yuran dan lain-lain.

Organisasi industri pertama yang terdiri oleh sekolah bahasa Jepun yang berstatus korporat. Hanya sekolah bahasa Jepun yang diiktiraf oleh Kementerian Kehakiman layak untuk berdaftar sebagai ahli (147 sekolah berahli pada masa sekarang)

Organisasi kerajaan yang berkaitan dengan pembelajaran di Jepun

Laman web ini menyediakan maklumat tentang pembelajaran di Jepun dan juga tentang pejabat-pejabat kedutaan dan konsulat yang memberikan khidmat perundingan tentang pembelajaran di Jepun. Kementerian tersebut juga menjalankan penilaian pemohon pelajar antarabangsa yang ditaja oleh kerajaan.

Laman web ini menyediakan artikel dan maklumat mengenai perjanjian perkongsian ekonomi (EPA : Economic Partnership Agreement) dan cool Japan

Maklumat mengenai gempa bumi dan pengukuran dos radiasi di timur Jepun boleh didapati di sini.

Lain-lain

Laman web ini dioperasi oleh organisasi yang meluluskan sijil halal di Jepun. Selain memberi penerangan halal, syarikat-syarikat yang diiktiraf halal dan resepi halal juga boleh didapati.

Salah satu organisasi yang mengeluarkan sijil halal.

PAGETOP