Belajar di Jepun FAQ

Di sini, kami akan menjelaskan soalan yg kerap ditanya dengan kaedah Q & A terhadap individu yang berminat belajar di Jepun.

Maklumat mengenai tinggal di Jepun

01 Dimanakah saya mendapat maklumat asas mengenai Jepun?

02 Berapakah kadar perbelanjaan bulanan di Jepun?

03 Perlukah saya memiliki Visa untuk memasuki jepun? Apakah jenis-jenis visa yang ada?

04 Bolehkan warga asing bekerja tetap atau sampingan di Jepun? Adakah pembatasan kerja terhadap warga asing?

05 Bagaimanakah tahap keselamatan di Jepun?

06 Adakah orang Jepun peramah terhadap warga asing?

07 Bagaimanakh saya mencari tempat tinggal di Jepun?

08 Bolehkah saya mencari homestay di Jepun?

09 Bolehkah warga asing berkongsi bilik di Jepun

10 Saya khuatir dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun.

11 Apakah taraf teknologi perubatan di Jepun? Bolehkah warga asing menerima rawatan di Jepun?

12 Bolehkah saya menggunakan alat elektronik seperti computer peribadi yang dibawa dari Negara asal?

13 Bolehkah saya mendapatkan makanan dari negara asal?

14 Adakah tempat di Jepun dimana Bahasa Jepun tidak digunakan?

15 Bolehkah saya berpejalanan secara bebas di Jepun?

16 Bolehkah saya berpejalanan ke luar Negara dari Jepun?

17 Bolehkah warga asing membuka akaun bank di Jepun?

18 Bolehkah warga asing mendaftar untuk perkhidmatan talian bimbit dan internet?

19 Adakah kuil buddha, masjid Islam, atau gereja Kristian dan sebagainya di Jepun?

20 Adakah makanan yg diiktifar halal di Jepun?

Maklumat mengenai kolej latihan profesionalAbout professional training colleges

01 Dimanakah boleh saya mendapat maklumat mengenai jenis latihan professional yang ditawarkan, dan dimanakah dan apakah yang saya dapat menuntup.

02 Untuk menuntut di kolej latihan professional, apakah tahap kefasihan bahasa Jepun yang diperlukan?

03 Adakah bayaran yuran diperlukan? Apakah perbelajaan lain yang diperlukan?

04 Adakah program biasiswa ditawarkan? Apakah jenis program biasiswa yang ditawarkan?

05 Adakah had usia maksimum untuk mendaftar ditetapkan ?

06 Bolehkah saya bekerja sepenuh masa atau sampingan sambil belajar?

Maklumat mengenai sekolah bahasa Jepun.

01 Jikalau saya memiliki kelulusan dari sekolah bahasa Jepun, adakah saya layak untuk mendaftar di kolej latihan professional?

02 Adakah mungkin untuk mendapat pekerjaan di Jepun selepas memiliki kelulusan dari sekolah bahasa Jepun ?

03 Adakah bayaran yuran diperlukan ? Apakah perbelajaan lain yang diperlukan?

04 Dimanakah boleh saya mendapat maklumat mengenai lokasi dan jenis-jenis sekolah bahasa Jepun yang ditawarkan?

05 Adakah program biasiswa ditawarkan? Apakah jenis program biasiswa yang ditawarkan?

06 Adakah had usia maksimum untuk mendaftar ditetapkan?

07 Bolehkah saya bekerja sepenuh masa atau sampingan sambil belajar?

Maklumat mengenai menetap di Jepun

01 Dimanakah saya mendapat maklumat asas mengenai Jepun?

→ Maklumat boleh didapati dari laman web Kementerian Luar Negara Jepun. Selain itu maklumat tentang Jepun juga boleh didapati dari penubuhan diplomatik luar Negara sebagai contoh Pejabat Keduataan Jepun dan Konsulat. Untuk maklumat mengenai penubuhan diplomatik di Negara anda, sila merujuk kepada laman web Kementerian Luar Negara Jepun ‘’Senarai Penubuhan Luar Negara’’.

 

02 Berapakah kadar perbelanjaan bulanan di Jepun?

→ Ini bergantung kepada yuran pengajian, taraf hidup, dan kawasan yang dimana anda akan menetap. Tetapi kebanyakannya melebihi 100,000 yen. Perbelanjaan sara hidup adalah lagi tinggi di pusat bandar daripada kawasan luar bandar. Sila merujuk kepada maklumat terkandung di dalam artikel ini sebagai rujukan kos perbelanjaan sara hidup.

 

03 Perlukah saya memiliki Visa untuk memasuki jepun? Apakah jenis-jenis visa yang ada?

Anda memerlukan visa untuk mendaftar di sekolah bahasa Jepun. Sila merujuk kepada maklumat dalam artikel ini untuk prosedur memasuki negara Jepun dan permohonan visa.

 

04 Bolehkah warga asing bekerja tetap atau sampingan di Jepun? Adakah pembatasan kerja terhadap warga asing?

→ Di Jepun, pengambilan perkerja warga asing adalah tidak terlarang. Tetapi bergantung kepada jenis visa dan peraturan institusi pengajian yang anda memohon, terdapat kes-kes dimana waktu pekerjaan atau jenis perkerjaan adalah dihadkan. Sila merujuk dengan teliti untuk mengelak pelanggaran undang-undang.

 

05 Bagaimanakah tahap keselamatan di Jepun?

→ Jepun adalah negara yang terkenal dengan tahap keselamatan tertinggi di dunia. Kadar jenayah adalah rendah, jadi anda boleh keluar pada waktu malam tanpa masalah. Namun jenayah tetap berlaku jadi seseorang masih perlu untuk mengetahui tahap minimum pengurusan diri dan pertahanan diri, sebagai contoh untuk mengelak kawasan yang boleh menyebababkan bahaya kepada diri sendiri, atau mengunci pintu/tingkap.

 

06 Adakah orang Jepun peramah terhadap warga asing?

→ Kebanyakan rakyat Jepun adalah peramah terhadap warga asing. Anda jarang akan menghadapi diskriminasi atau rawatan yang tidak berpatutan. Namun, rakyat Jepun yang tinggal di kawasan luar banda dimana warga asing jarang melawat dan penduduknya kurang fasih berbahasa asing mungkin tidak tahu bagaimana untuk melayan warga asing yang tidak boleh bercakap Jepun.

 

07 Bagaimanakah saya mencari tempat tinggal di Jepun?

→ Sesetengah pelajar antarabangsa boleh ditawarkan asrama pelajar yang dikendalikan oleh pihak institusi pengajian yang anda memohon. Tetapi ramai pelajar antarabangsa tinggal di flat atau pansapuri. Apabila mencari rumah/flat, pelajar boleh mencari dengan berunding dengan pihak institusi pengajian, internet, atau ejen hartanah. Untuk maklumat lanjut mengenai asrama pelajar dan flat, sila rujuk kepada artikel ini.

 

08 Bolehkah saya mencari homestay di Jepun?

→ Ya. Homestay boleh didapati melalui institusi pengajian atau melalui ejen luaran. Jikalau melalui ejen luaran, pertimbangan yang teliti perlu diberikan sama ada mereka boleh dipercayai.

 

09 Bolehkah warga asing berkongsi bilik di Jepun?

→ Ya. Anda perlu memohon melalui internet dan lain-lain. Bila memohon adalah tanggungjawab anda untuk mengambil tahu kondisi-konsidi yang telah ditetapkan seperti kadar sewa dan penerimaan warga asing dan jantina berlainan.

 

10 Saya khuatir dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun.

→ Sejak gempa bumi dan tsunami adalah bencana alam, mereka tidak boleh dikawal, tetapi bancana besar tidak kerap berlaku. Namun adalah penting untuk anda sentiasa bersedia untuk berwaspada terhadap bencana alam.

 

11 Apakah taraf teknologi perubatan di Jepun? Bolehkah warga asing menerima rawatan di Jepun?

→Jepun adalah salah satu Negara rawatan perubatan termaju di dunia. Warga asing juga boleh mendapatkan rawatan perubatan di Jepun, termasuk rawatan tahap tinggi. Terdapat system insuran perubatan di Jepun untuk mengurangkan beban kos perubatan. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada ‘’Edisi Perubatan ‘’ di laman ini.

 

12 Bolehkah saya menggunakan alat elektronik seperti computer peribadi yang dibawa dari Negara asal?

→ Bentuk soket dan voltan di Jepun mungkin berbeza daripada Negara anda. Dalam kes itu, anda tidak boleh menggunakan perkakas elektrik tanpa menggunakan pengubah soket/voltan.

 

13 Bolehkah saya mendapatkan makanan dari Negara Asal?

→ Di Bandar-bandar yang besar, terdapat pasar raya yang menjual makanan asing. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan ia dijual pada harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang dijual di negara anda.

 

14 Adakah tempat di Jepun dimana Bahasa Jepun tidak dituturkan?

→ Bahasa Jepun dituturkan di seluruh Jepun. Oleh itu tidak ada kawasan di mana bahasa Jepun tidak digunakan. Namun kerana pelbagai dialek dituturkan, ia boleh jadi sukar bagi anda untuk memahami rakyat tempatan berkomunikasi.

 

15 Bolehkah saya berpejalanan secara bebas di Jepun?

→ Ya, warga asing bebas berpejalanan di seluruh Jepun kecuali kawasan-kawasan bencana di mana rakyat Jepun pun dilarang.

 

16 Bolehkah saya berpejalanan ke luar Negara dari Jepun?

→ Ya. Namun, terdapat kes-kes di mana visa untuk memasuki Negara destinasi tidak boleh dipohon di Jepun. Oleh itu, anda perlu memastikan sama ada warganegara dari Negara anda boleh melawat Negara destinasi tanpa visa atau sama ada visa tersebut boleh dipohon di Jepun.

 

17 Bolehkah warga asing membuka akaun bank di Jepun?

→ Ya. Dengan adanya bank ia menjadi mudah untuk membayar pelbagai bil dan juga menerima gaji/elaun dari majikan kerja atau biasiswa. Untuk maklumat mengenai membuka akaun bank, sila rujuk kepada maklumat dalam artikel ini.

 

18 Bolehkah warga asing mendaftar untuk perkhidmatan talian bimbit dan internet?

→ Ya.Telefon bimbit boleh dibeli dari pengedar syarikat telefon bimbit dan kedai elektronik pengguna. Walau bagaimanapun, pelan kontrak dan system bayaran ini adalah rumit, dan bayaran penalty jika perlu dibayar adalah tinggi. Dalam beberapa kes, pembelian telefon bimbit pun boleh menjadi sukar. Dalam kes ini, membeli telefon bimbit prabayar boleh dipertimbangkan. Internet juga boleh dilanggan di bawah kontrak, tetapi kemudahan internet telah pun disediakan di beberapa asrama pelajar atau flat yang anda tinggal, jadi anda perlu memastikanya terlebih dahulu.

 

19 Adakah Kuil Buddha, Masjid Islam, atau Gereja Kristian dan lain-lain terletak di Jepun?

→ Jepun adalah sebuah Negara yang menerima kebebasan beragama. Oleh itu, terdapat kuil-kuil dan tempat beribadat di mana-mana dalam Negara ini. Manakala di bandar-bandar yang besar ada kemungkinan terdapat masjid dan gereja. Sila cari kemudahan tersebut di sekitar bandar yang anda tinggal.

20 Adakah terdapat makanan yg diiktifar halal di Jepun?

→ Ya, memang ada. Membeli secara online pun mungkin. Tetapi dalam sesetengah kes ia mungkin tidak sepenuhnya halal. Adalah selamat untuk memilih makanan halal yang dijualkan oleh syarikat yang diiktirafkan oleh Japan Halal Association dan Japan Muslim Association. Selain itu, terdapat masyarakat Islam kecil di Jepun. Di kawasan-kawasan tersebut, anda mungkin boleh membeli makanan halal di pasaraya dan kedai khas halal.

 

Maklumat mengenai kolej latihan profesional

 

01 Dimanakah boleh saya mendapat maklumat mengenai jenis latihan professional yang ditawarkan, dan dimanakah dan apakah yang saya dapat menuntut?

→ Pada halaman ini, anda boleh mencari kolej latihan professional mengikut kategori pekerjaan, lokasi, dan lain-lain.

 

02 Untuk menuntut di kolej latihan professional, apakah tahap penguasaan bahasa Jepun yang diperlukan?

→ Apabila mendaftar sesebuah kolej latihan professional, anda perlu menunjukkan bukti penguasaan bahasa Jepun melalui salah satu cara berikut:

 

① Telah menerima pendidikan bahasa Jepun selama 6 bulan atau lebih di institusi bahasa Jepun yang diluluskan oleh Minister of Justice of Japan

 

② Lulus Japan Language Proficiency Test (JLPT) yang dianjurkan oleh Japan International Education Support association atau Japan Foundation dalam minimum gred N1 atau N2

 

③ Telah menerima pendidikan selama satu tahun atau lebih di sekolah rendah, sekolah menengah rendah, atau sekolah menengah tinggi di Jepun.

 

④ Mendapat 200 mata atau lebih dalam Japan Education Examination Test.

 

⑤ Mendapat 300 mata atau lebih dalam BJT (Bussiness Japanese Language Proficiency Test) dianjurjan oleh Japan Kanji Aptitude Testing Foundation.

 

03 Adakah bayaran yuran diperlukan ? Apakah perbelajaan lain yang diperlukan?

→ Secara umum, anda perlu untuk membayar yuran pengajian dan yuran pendaftaran waktu mendaftar. Bergantung kepada kursus, yuran tambahan untuk latihan praktikal dan perbelanjaan lain-lain mungkin perlu dibayar. Sila rujuk maklumat dalam artikel ini untuk kadar purata yuran tuisyen dan kadar yuran pendaftaran kolej latihan professional.

 

04 Adakah program biasiswa ditawarkan? Apakah jenis program biasiswa yang ditawarkan?

→ Terdapat pelbagai program biasiswa. Sila rujuk maklumat dalam artikel ini. Anda juga boleh mencari pelbagai program biasiswa di halaman ini. Selain itu, sesetengah institusi pengajian mempunyai system biasiswa mereka sendiri.

 

05 Adakah had usia maksimum untuk mendaftar ditetapkan ?

→ Kecuali beberapa sekolah, hampir semua tidak ada had umur maksimum untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut sila merujuk terus dengan kolej latihan professional yang anda ingin memohon.

 

06 Bolehkah saya bekerja sepenuh masa atau sampingan sambil belajar?Is it possible to work or work part-time while studying?

→ Ya. Bergantung kepada jenis visa dan peraturan institusi pengajian yang anda memohon,terdapat kes-kes dimana waktu pekerjaan atau jenis perkerjaan adalah dihadkan. Sila merujuk dengan teliti untuk mengelak pelanggaran undang-undang.

 

Maklumat mengenai sekolah bahasa Jepun.

01 Jikalau saya memiliki kelulusan dari sekolah bahasa Jepun, adakah saya layak untuk mendaftar di kolej latihan professional?

→ Memiliki kelulusan dari sekolah bahasa Jepun tidak memastikan anda layak untuk memohon kolej latihan professional. Untuk memohon kolej latihan professional anda perlu lulus dalam peperiksaan kemasukan kolej tersebut. Namun, sesetengah sekolah bahasa Jepun mempunyai kuota tertentu untuk rujukan kepada kolej latihan professional. Sila merujuk kepada sekolah bahasa Jepun anda.

 

02 Adakah mungkin untuk mendapat pekerjaan di Jepun selepas memiliki kelulusan dari sekolah bahasa Jepun?

→Ya. Dalam kes ini anda perlu melakukan pencarian pekerjaan melalui syarikat-syarikat untuk jawatan kosong. Namun sesetengah sekolah mempunyai kuota terhad untuk rujukan kepada syarikat- syarikat tersebut. Sila merujuk kepada sekolah bahasa Jepun anda.

 

03 Dimanakah boleh saya mendapat informasi mengenai lokasi dan jenis-jenis sekolah bahasa Jepun yang ditawarkan?

→ Anda boleh mencari sekolah-sekolah bahasa Jepun melalui lokasi, Negara asal anda, kadar yuran dan lain-lain dalam ‘’Japanese Language Educational Institution Guide’’ diterbitkan oleh Association for the Promotion of Japanese Language Education. Namun terdapat sekolah-sekolah bahasa Jepun yang tidak tersenarai dalam persatuan ini.

 

04 Adakah bayaran yuran diperlukan ? Apakah perbelajaan lain yang diperlukan?

→ Secara umum, anda perlu untuk membayar yuran pengajian dan yuran pendaftaran waktu mendaftar. Bergantung kepada kursus, yuran tambahan untuk latihan praktikal dan perbelanjaan lain-lain mungkin perlu dibayar. Sila rujuk information dalam artikel ini untuk kadar purata yuran tuisyen dan kadar yuran pendaftaran sekolah bahasa Jepun.

 

05 Adakah program biasiswa ditawarkan? Apakah jenis program biasiswa yang ditawarkan?

→ Terdapat pelbagai program biasiswa. Sila rujuk maklumat dalam artikel ini. Anda juga boleh mencari pelbagai program biasiswa di halaman ini. Selain itu, sesetengah institusi pengajian mempunyai system biasiswa mereka sendiri.

 

06 Adakah had usia maksimum untuk mendaftar ditetapkan ?

→ Kecuali beberapa sekolah, hampir semua tidak ada had umur maksimum untuk mendaftar.

Untuk maklumat lanjut sila merujuk terus dengan sekolah bahasa Jepun yang anda ingin memohon.

 

07 Bolehkah saya bekerja sepenuh masa atau sampingan sambil belajar?Is it possible to work or work part-time while studying?

→ Ya. Bergantung kepada jenis visa dan peraturan institusi pengajian yang anda memohon,terdapat kes-kes dimana waktu pekerjaan atau jenis perkerjaan adalah dihadkan. Sila merujuk dengan teliti untuk mengelak pelanggaran undang-undang.

PAGETOP