Selepas belajar di Jepun dan mendapat pendidikan dan latihan tahap tinggi, siswazah akan mula membina pelbagai kerjaya. Berikut adalah model-model kerjaya selepas menamatkan pengajian di kolej latihan professional.
Status kediaman selepas menamatkan pengajian di kolej latihan professional.
Selepas menamatkan pengajian di kolej latihan profesional di Jepun, empat jenis laluan akan diambil oleh siswazah antarabangsa.
①Mendapat pekerjaan di Jepun
②Menyambung pengajian di Jepun
③Membuka perniagaan di Jepun
④Pulang ke Negara Asal (atau emigrasi ke negara lain)
①Apabila mendapat pekerjaan di Jepun, anda perlu memohon penukaran status kediaman dari ‘’Visa Pelajar’’ ke ‘’Visa Pekerjaan’’. Dalam konteks ini ‘’Pekerjaan’’ merujuk kepada aktivi mengendalikan perniagaan atau aktiviti yang menjana pendapatan di Jepun. Ini juga bermakna bekerja sebagai seorang pekerja atau menjadi pemilik perniagaan.
Syarat utama untuk memohon visa pekerjaan adalah: mempunyai majikan atau memiliki perniagaan yang bersedia untuk beroperasi bila mendapat visa pekerjaan. Selain itu kestabilan dan kesinabungan pengurusan syarikat atau perniagaan juga akan dipertimbangkan. Oleh itu, ketika memohon visa pekerjaan aktiviti perniagaan syarikat yang anda memohon atau aktiviti perniagaan yang anda tubuhkan akan diperiksa terperinci.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian kolej latihan professional, anda masih boleh mencari pekerjaan dengan memohon ‘’Visa Aktiviti Khusus’’.
Model kerjaya am selepas menamatkan pengajian di kolej latihan professional.
Model-model kerjaya dari A ke G seperti yang ditunjukkan di bawah adalah dengan menggabungkan empat haluan berbeza dari ① ke ④ seperti yang diterangkan di bahagian atas. Tujuh model adalah seperti berikut.
A: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun
B: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun → Mendapat status pemastautin tetap C: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun →② Meneruskan pengajian di Jepun → Mendapat status pemastautin tetap D: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun → ④ Pulang ke negara asal E: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional →② Meneruskan pengajian di Jepun → ①Mendapat pekerjaan di Jepun → ④ Pulang ke negara asal F: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ③Membuka perniagaan di Jepun G: Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ④Pulang ke Negara Asal |
Encik A menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun
Encik A yang berminat dengan animasi Jepun, telah mendaftar di kolej latihan professional untuk berlatih menjadi pakar animasi. Terdapat banyak guru yang memainkan peranan aktif sebagai pakar-pakar dalam bidang tersebut. Encik A bukan sahaja dapat belajari kepakaran dan kemahiran bidang tersebut, malah dia mendapat ilmu yang berguna apabila bekerja di Jepun dengan diperkenalkan kepada pakar-pakar yang lain dan melawat tempat-tempat kerja.
Dalam aktiviti mencari pekerjaan, dia menrima sokongan dari kolej latihan professional dan telah diterima oleh syarikat animasi yang dia memohon. Encik A kini bekerja sebagai pembantu produksi animasi, dia bertujuan untuk menghasilkan karya dia sendiri satu hari nanti. Impian dia adalah untuk karya animasi hasilnya dapat ditayangkan di negara dia.
Encik B menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun → Mendapat status pemastautin tetap
Encik B mendaftar di kolej latihan professional dalam bidang penyenggaraan kereta. Dia ingin meneruskan pengajian semasa belajar teknologi penyelenggaraan, dan dia terus meneruskan pengajian dalam bidang teknologi automotif tahap tinggi. Kerana kolej latihan professional telah membina hubungan yang rapat dengan syarikat dan sektor tersebut, dia mendapat tawaran kerja dari syarikat automotif terkenal.
Setelah menyertai syarikat tersebut, dia bekerja sebagai juruteknik di kilang. Kemahiran dia diiktiraf dan dia dinaik pangkat kepada ketua kumpulan dan seterusnya pengurus kilang. Apabila syarikat itu menubuhkan kilang baru di negara asalnya, dia kembali dan mengambil alif sebagai staf pembukaan di mana dia memainkan peranan aktif untuk memulakan operasi. Apabila visanya hampir tamat tempoh, dia memohon perubahan status kediaman kepada ‘’Visa Pengurusan’’ kerana dia bekerja di posisi pengurusan.
Penguasaan bahasa Jepun dia bertambah baik, pendapatan tahunan pun telah dinaikkan dan dia jugadinaikkan pangkat. Jadi dia mampu untuk memenuhi keperluan untuk memohon ‘’Visa Profesional Tahap Tinggi’’. Dia berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia meminta ibu mertua di negara asalnya untuk membantu menjaga anak supaya isterinya dapat bekerja. Dengan cara ini dia mendapat pelbagai layanan istimewa. Tiga tahun kemudian, dia memohon untuk menukar status kediaman dari ‘’Visa Profesional Tahap Tinggi’’ kepada ‘’Pemastautin Tetap’’ yang dimana dia akan mendapat lebih banyak manfaat.
Encik C menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun →② Meneruskan pengajian di Jepun → Mendapat status pemastautin tetap
Encik C ingin belajar di Jepun di mana sains dan teknologi adalah sangat maju. Dia memilih untuk belajar di kolej latihan professional selama dua tahun dan mengambil kursus bioteknologi yang dimana dia berminat. Ketika pengajian, dia menjadi semakin berminat dalam bidang kimia dan berpindah ke fakulti sains di sebuah university. Apabila dia dapat menetapkan projek penyelidikan yang ingin dibuat dia mendaftar program Ijazah Sarjana. Setelah tamat program tersebut dia mendapat jawatan dalam syarikat kimia yang terkenal.
Encik C yang bekerja di posisi penyelikan dalam syarikat kimia tersebut memainkan peranan aktif dalam memperolehi beberapa paten. Tanpa menyedari dia telah bekerja di Jepun selama 10 tahun dan menjadi aset penting terhadap syarikat tersebut. Dia ingin terus menetap di Jepun. Jadi dia memohon untuk mendapat status pemastautin tetap. Dia telah melalui proses pemeriksaan dan telah diberikan status pemastautin tetap di Jepun.
Encik D menamatkan pengajian dari kolej latihan professional → ① Mendapat pekerjaan di Jepun → ④ Pulang ke negara asal
Encik D, dari China ingin belajar penjagaan Jepun khususnya dalam penjagaan warga tua. Jadi dia menuntut ilmu di Jepun. Kursus kebajikan yang ditawarkan oleh kolej latihan professional banyak memberikan pengajaran secara praktikal. Oleh itu dia mendapat banyak pengalaman berada di dalam suasana rumah penjagaan sebenar.
Setelah menamatkan pengajian di kolej latihan professional, dia bekerja di rumah penjagaan di Jepun sebagai pekerja penjagaan. Dia belajar kaedah kejururawatan terkini menggunakan robot dan juga menimba pengalaman di rumah penjagaan melalui pekerja yang lagi berpengalaman.
Seleas bekerja di Jepun selama 5 tahun, dia pulang ke negara asal. Chk D yang telah memperolehi ilmu kejururawatan Jepun telah menerima tawaran dari pelbagai tempat. Namun dia kini terlibat dalam pengurusan sebuah rumah penjagaan dan dia bermotivasi untuk menyebarkan gaya penjagaan Jepun.
Encik E Menamatkan pengajian dari kolej latihan professional →② Meneruskan pengajian di Jepun → ①Mendapat pekerjaan di Jepun → ④ Pulang ke negara asal
Encik E berasa ia menjadi mudah untuk mendapat pekerjaan di Jepun dengan menggunakan kelebihan kemahiran berbahasa. Jadi dia mendaftar di kolej latihan professional dalam fakulti pentafsiran dan penterjemahan. Dia bukan sahaja belajar untuk mentafsir dan menterjemah malah juga budaya dan cara pemikiran Jepun. Cik E sangat teruja dengan budaya tradisi Jepun apabila dia ke Kyoto dan Nara untuk program latihan. Jadi dia memilih untuk belajar sejarah Jepun dan mendaftar di fakulti budaya Jepun di sebuah universiti.
Setelah menamatkan pengajian di universtiti, dia mendapat tawaran kerja dari agensi pelancongan Jepun. Di sana, dia menyusun atur pakej pelancongan yang menarik bagi pelancong asing yang datang ke Jepun.
Tiga tahun berlaku semenjak dia bekerja di Jepun. Cik E adalah anak tunggal, dia pulang ke negara asal atas permintaan ibubapanya. Negaranya pula mempunyai hubungan aktif bertukaran budaya dengan Jepun. Oleh itu Cik E yang fasih berbahasa Jepun telah mendapat beberapa tawaran kerja dari agensi pelancongan tempatan. Sekarang Cik E harap untuk menjadi pengantara antara Jepun dan negaranya dengan menyebarkan nilai-nilai positif pelancongan di Jepun.
Encik F Menamatkan pengajian kolej latihan professional → ③Membuka perniagaan di Jepun
Encik F belajar di kolej latihan profesional dalam bidang pemprosesan maklumat di Jepun. Encik F yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu IT ingin mengedarkan produk tempatan dari negaranya setelah dia menamatkan pengajian. Jadi dia berhasrat untuk membuka kedai online.
Melalui kenalan peribadi dia membina semasa belajar di kolej, dia mengambil kerja tiga orang Jepun yang sanggup bekerja untuknya. Ibubapanya membantu dia dengan modal permulaan. Dengan nasihat kolej latihan profesional, dia berjaya untuk menghasilkan dokumen/plan perniagaan dan merekod untung dan rugi bagi permohonan visa. Encik F mendapat ‘’Visa Pengurusan’’ dan dia telah diiktiraf sebagai pemilik perniagaan. Kedai online Encik F berjaya dengan 30 staf. Dia berhasrat untuk membeli perniagaan lain untuk mengembangkan syarikatnya.
Enⅽik G menamatkan pengajian kolej latihan profesional → ④ pulang ke negara asal
Cik G teruja dengan kecantikan solekan rambut Jepun dan ingin belajar kemahiran kecantikan. Jadi dia mendaftar di kursus kecantikan di kolej latihan profesional. Di sana dia mendapat kemahiran praktikal melalui pelbagai kelas praktikal. Dia juga mendapat peluang untuk bekerja di salun kecantikan terkenal sebagai pelatih. Dengan galakan satu sama lain, dia dan rakan sekelasnys telah menyertai pertandingan solekan rambut. Setelah tamat pengajian dia pulang ke negara asal. Dengan mengambil peluang kemahirannya dalam solekan dan pengurusan salun yang dia mendapat di Jepun, Cik G sekarang aktif bekerja sebagai pensyarah di kolej kursus kecantikan. Impiannya adalah untuk menyimpan wang untuk membuka salun kecantikan gaya Jepun.