Status kediaman warganegara asing
27 jenis status kediaman
Warganegara asing yang tinggal di Jepun perlu memohon kelulusan dengan menyatakan tujuan penginapan ketika memasuki Jepun. Ini dirujukkan sebagai status kediaman (“Visa”). Terdapat 27 jenis Visa, bergantung kepada tujuan dan syarat-syarat penginapan mereka.
Warganegara asing yang tinggal di Jepun dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam skop yang ditetapkan di bawah status status kediaman selama tempoh yang ditentukan.
Konsep bekas visa berkerja
Untuk orang luar negara memasuki dan tinggal di Jepun, dia mesti memenuhi salah satu keperluan status kediaman.
Dan status kediaman (visa bekerja) yang layak untuk bekerja di Jepun untuk mendapatkan gaji ditubuhkan dengan konsep “tidak membenarkan buruh mudah”, pada prinsipnya.
Perluasan skop pekerjaan berikutan pindaan undang-undang
Visa kerja yang membolehkan pelajar antarabangsa mendapatkan kerja di Jepun telah diluluskan kepada mereka yang terlibat dalam beberapa jenis pekerjaan terutamanya, “Kemanusiaan, Perkhidmatan Antarabangsa’’, “Kejuruteraan” dan lain lain.
Berikutan pindaan undang-undang, rangka status kediaman telah berubah dan skop pekerjaan untuk pelajar antarabangsa juga telah diperluaskan.
① Jenis visa pekerjaan seperti ‘’Kemanusiaan dan perkhidmatan antarabangsa’’ dan ‘’Kejuruteraan’’ telah digabungkan.
Visa pekerjaan ‘’ Kemanusiaan dan perkhidmatan antarabangsa’’ dan ‘’Kejuruteraan’’ adalah visa yang boleh dipohon apabila menukar status dari visa ‘’Pelajar’’ kerana tiada syarat pengalaman kerja diperlukan dalam dua visa tersebut.
Sebelum ini, pemohon hanya perlu memiliki ilmu dalam aktiviti yang tertera. Secara am pelajar yang mengambil kelas arus seni di sekolah biasanya memohon visa ‘’Kemanusiaan dan perkhidmatan antarabangsa’’ manakala pelajar yang mengambil kelas arus sains akan memohon visa ‘’Kejuruteraan’’.
②Visa jenis baharu ‘’Pekerja Penjagaan’’ telah ditubuhkan
Dengan meningkatnya keperluan penjagaan warga tua berkualiti serta dengan penuaan masyarakat Jepun, visa ‘’Pekerja Penjagaan’’ telah diperkenalkan untuk pekerja penjagaan yang berkelulusan nasional.
Oleh itu, pelajar asing yang tamat pengajian dari institusi latihan seperti kolej latihan profesional dan memperolehi kelulusan penjagaan nasional dibenarkan bekerja di Jepun sebagai pekerja penjagaan.
③ Penyelidikan dan pembelajaran ‘’Makanan Jepun’’ adalah dibenarkan semasa bekerja
Makanan Jepun ditelah didaftar sebagai UNESCO warisan kebudayaan abstrak di 2013. Oleh itu minat terhadap masakan jepun telah meningkat seluruh dunia.
Justeru, sejak 2014 adalah digalakkan untuk pelajar asing yang tamat pengajian dari institusi latihan kulinari untuk menceburi bidang memasak di Jepun setelah memenuhi kriteria tertentu.
Mereka dapat belajar masakan Jepun sambil bekerja selama 2 tahun di bawah visa ‘’Aktiviti Khusus’’.
④ Visa ‘’Pelaburan/Perniagaan’’ telah diganti dengan visa ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’.
Nama visa yang diperlukan oleh warga asing untuk menjalankan perniagaan di Jepun atau bekerja sebagai pentadbir di syarikat Jepun telah ditukar dari ‘’Pelaburan/Perniagaan’’ ke ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’ pada tahun 2015.
Justeru, kriteria skala perniagaan syarikat dan visa yang patut dipohon telah diterangkan.
Status kediaman pelajar antarabangsa apabila mendapat pekerjaan
Apabila pelajar asing mendapat pekerjaan di Jepun, adalah perlu bagi mereka untuk menukar status kediaman dari visa “Pelajar” ke visa perkerjaan yang berpatutan.
Oleh itu berdasarkan perenggan sebelum ini yang bertajuk “Status Kediaman Warga Asing”, jenis-jenis visa yang membenarkan pemohon untuk bekerja telah diterangkan di bawah.
Status kediaman ‘’Kejuruteraan/Kemanusiaan/Perkhidmatan antarabangsa’’
○ Visa ‘’Kejuruteraan/Kemanusiaan/Perkhidmatan antarabangsa’’ adalah visa yang paling kerap digunakan oleh pelajar antarabangsa untuk bekerja di Jepun.
Graduan dari kolej latihan profesional, university, maktab rendah, dan sekolah pengajian siswazah boleh memohon visa tersebut.
Dalam kes graduan kolej latihan profesional, mereka perlu memiliki ‘’diploma’’ atau ‘’diploma tahap tinggi’’. Pelajar antarabangsa yang menamatkan pengajian dari universiti di negara asal mereka boleh mencari kerja di Jepun. Selain itu, jikalau individu ingin bekerja dalam bidang berkaitan IT, tiada latar belakang pendidikan diperlukan sekiranya mereka lulus IT Qualification Examination yang diiktiraf oleh Kementerian Kehakiman Jepun (Lihat ‘’ Prosedur-prosedur bekerja di Jepun bagi jurutera IT asing’’ oleh Agensi Promosi Informasi-teknologi Jepun
○ Perkaitan kandungan pembelajaran dan deskripsi kerja adalah penting
Apabila anda memohon untuk pertukaran status kediaman, pegawai imigresen and menyemak dan membandingkan kandungan pembelajaran di kolej latihan profesional atau university dan deskripsi kerja yang anda ingin menceburi.
Sebagai contoh, apabila pelajar antarabangsa yang belajar sains dan teknologi ingin bekerja dalam bidang pembuatan kimia dan menduduki peperiksaan kualiti menguruskan operasi, perkaitan antara kandungan pembelajaran dan deskripsi kerja adalah kuat. Oleh itu permohonan visa akan mudah diluluskan. Hal ini sama juga dengan kes pelajar antarabangsa yang belajar jurutera mekanika yang ingin bekerja dalam bidang pembangunan mesin.
Dalam kes pelajar arusan seni, mereka dibenarkan bekerja dalam bidang pentadbiran di syarikat-syarikat am kerana pelajar tersebut mahir dalam bidang kemanusiaan seperti undang-undang, ekononomi, sosiologi dan lain-lain. Selain itu, pelajar arusan seni dibenarkan bekerja di bawah visa ‘’Aktiviti Kebudayaan’’ apabila mereka menceburi pekerjaan berkaitan budaya asing seperti penterjemah, pentafsir, guru bahasa, perniagaan perdagangan luar negara dibawah syarikat dan lain-lain.
○ Syarikat yang meneliti permohonan visa pekerjaan
Daripada semua bidang kursus yang ditawarkan oleh kolej latihan profesional, pengambilan kerja dalam bidang seperti chef, pendandan rambut dan lain-lain adalah dihadkan.
Walau bagaimanapun, kerana banyak syarikat di Jepun ingin merekrut tenaga pekerja asing yang menonjol dan mereka akan meneliti perkaitan antara kandungan pembelajaran dan deskripsi kerja. Ini pula membolehkan mereka menaja visa pelajar antarabangsa untuk bekerja di Jepun dibawah visa ‘’Kejuruteraan/Kemanusiaan/Perkhidmatan Antarabangsa’’.
○ Bidang pekerjaan utama yang dikategorikan sebagai ‘’Kejuruteraan/Kemanusiaan/Perkhidmatan Antarabangsa’’
【Kejuruteraan】 Jurutera computer · Jurutera mekanikal · Jurutera elektrikal · Pereka web · Pereka produk industry · Jurutera system · Pembangunan produk berdasarkan hasil penyelidikan kimia dan lain-lain.
【Kemanusiaan · perkhidmatan antarabangsa】 Perdagangan · Pereka · Guru Bahasa · Penganalisis Syarikat Sekuriti · Penyelidik syarikat penyelidikan · Penyelidik Pemasaran Syarikat Perdagangan Luar Negara · Perhubungan Awam Antarabangsa · Pedagang syarikat sekuriti dan lain-lain.
Visa ‘’Pekerja Penjagaan’’
○ Pelajar asing dibenarkan untuk bekerja semenjak penubuhan visa ‘’Pekerja Penjagaan’’.
Visa ‘’Pekerja Penjagaan’’ diperkenalkan untuk membolehkan pelajar asing yang menamatkan pengajian dari institusi ilmu penjagaan seperti kolej latihan profesional untuk menceburi bidang penjagaan.
○ Maklumat asas kejururawatan ① Tanggungjawab seseorang pekerja penjagaan.
‘‘Sijil Pekerja Penjagaan’’ adalah sijil kelayakan Jepun bagi pekerja kebajikan sosial untuk bekerja dalam bidang penjagaan. Selain memberi bantuan aktiviti harian seperti makan, mandi, buang air dan lain-lain, mereka tersebut hendaklah memberi sokongan mental kepada penjaga warga tua dengan memberi nasihat dan pelan penjagaan.
○ Maklumat asas kejururawatan ② Syarat-syarat pekerja penjagaan
Pada masa sekarang, mereka yang belajar di institusi latihan penjagaan selama dua tahun atau lebih akan diberi sijil pekerja penjagaan yang juga merupakan kalayakan nasional semasa graduasi. Institusi latihan tersebut termasuk kolej latihan profesional, university, dan maktab rendah yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan Jepun. Syarak kelayakan institusi tersebut adalah seseorang hendaklah lulus sekolah menengah. Oleh itu, pelajar asing hendaklah lulus dari sekolah menengah dari negara asal.
Namun, dari tahun 2022 ia menjadi wajib untuk graduan institusi latihan untuk meduduki peperiksaan pekerja penjaga nasional Jepun selepas tamat pengajian.
Oleh itu, sebagai langkah-langkah peralihan, sesiapa yang tamat latihan institusi dari tahun 2017 ke 2021 akan diberi kelayakan pekerja penjagaan sementara selama lima tahun setelah tamat pengajian. Justeru, untuk mendapat kelayakan pekerja penjagaan nasional mereka perlu lulus dalam peperiksaan nasional dalam masa lima tahun selepas tamat pengajian atau bekerja dalam kejururawatan selama lima tahun berturut-turut selepas tamat pengajian.
○ Tempat-tempat pekerjaan di bawah visa ‘’Pekerja Penjagaan’’
Rumah penjagaan istimewa untuk warga tua · Pusat kesihatan dan penjagaan geriatric jangka panjang · Pusat perkhidmatan hari · Pusat kemudahan untuk orang kurang upaya · Servis penjagaan pelawat dan lain-lain
Visa ‘’Perubatan’’
○ Kelayakan perubatan Jepun adalah wajib
Visa ‘’Perubatan’’ membenarkan pemegang untuk menjalankan aktiviti berkaitan rawatan prubatan.
Untuk mendapat visa tersebut, seseoran perlu ada kelayakan perubatan Jepun.
○ Kelayakan perubatan yang diperlukan untuk mendapat visa perubatan
Doktor, Jururawat, Pembantu Jururawat, Doktor Gigi, Pakar Kebersihan Gigi, Bidan, Ahli Farmasi, Jururawat Kesihatan Awam, Ahli Terapi Fizikal, Ahli Terapi Pekerjaan, Ahli Terapi Pertuturan, Ahli Radiologi Perubatan, Juruteknik Klinical, Pakar Prostetik, Pakar Ortoptis
○ Kelulusan dalam peperiksaan nasional setelah tamat pengajian di institusi pengajaran di Jepun adalah wajib
Pelajar antarabangsa perlu menamatkan pengajian dalam bidang yang tertera di atas dari institusi latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan. Mereka juga perlu lulus dalam peperiksaan nasional. Bidang doktor dan farmasi hanya dapat dipelajari di university dan tempohnya adalah 6 tahun. Bidang–bidang selain doktor dan farmasi adalah 3 tahun atau lebih. Kolej latihan profesional juga telah menyediakan kursus untuk pelbagai kerjaya.
Visa ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’
○ Kelayakan untuk bekerja sebagai pemilik perniagaan/pengurus syarikat
Visa ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’ akan diberikan kepada warga asing yang menjalankan ‘’aktiviti perniagaan perdagangan atau perniagaan lain atau menjadi pentadbir sesebuah syarikat’’ di Jepun.
Dengan kata lain, visa ini diberi kepada warga asing yang menjalankan perniagaan di Jepun atau mentadbir operasi dalam syarikat Jepun.
○ Pelajar antarabangsa dibernarkan untuk membuka perniagaan di Jepun
Apabila seseorang memohon visa untuk menjalankan perniagaan di Jepun, rekod pekerjaan, tahap pengetahuan serta kemahiran, dan aktiviti perniagaan yang dirancang akan diperiksa.
Namun kelayakan akademik seseorang adalah tidak relevan.
Walau bagaimanapun, jikalau seseorang mengambil jurusan dalam perniagaan atau keusahawaan di kolej latihan profesional atau universiti, maka dia hendaklah memiliki tahap ‘’pengetahuan’’ yang munasabah (pengalaman kerja adalah tidak diperlukan).
Justeru, terdapat pelajar antarabangsa di Jepun yang membuka perniagaan selepas tamat pengajian tanpa bekerja dengan syarikat.
○ Diperolehi dengan membangunkan kerjaya
Untuk memperolehi visa ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’ dengan berlatar belakang bekerja sebagai pentadbir syarikat, pemohon akan diperiksa sama ada deskripsi kerjanya jatuh di bawah kategori pengurusan. Selain itu mereka perlu bekerja selama 3 tahun atau lebih.
Oleh itu, visa ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’ adalah tidak relevan bagi pelajar antarabangsa yang baru menamatkan pengajian. Namun, jika mereka memainkan peranan aktif dan mendapat jawatan tinggi tiga tahun selepas bekerja di sesebuah syarikat, mereka layak untuk memohon untuk menukar status visa dari ‘’Kejuruteraan/Kemanusiaan/Perkhidmatan Antarabangsa’’ ke ‘’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’.
○ Pekerjaan utama yang dibernarkan dibawah visa ’Pengurusan/Pengurus Perniagaan’’
Pemilik perniagaan/ Pengurus syarikat (Wakil Pengarah, Pengarah, Auditor, Pengurus Jabatan, Pengurus Cawangan, Pengurus kilang dan lain-lain.)
Visa lain-lain seperti ‘’Aktiviti Khusus’’, ‘’Pekerja mahir’’ dan lain-lain.
○ Dibernarkan bekerja sebagai chef selama 2 tahun.
Visa ’’Aktiviti Khusus’’ akan diberikan jika pemohon diiktiraf mempunyai sebab yang munasabah untuk tinggal di Jepun tetapi aktiviti mereka tidak jatuh di mana-mana kategori visa lain. Oleh itu, jenis dan deskripsi aktiviti visa ini adalah sangat meluas.
Sebagai contoh, apabila pelajar antarabangsa ingin bekerja di Jepun, mereka layak untuk mendapatkan visa ini untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu, mereka yang menamatkan latihan kulinari di Jepun layak bekerja di restoran Jepun selama dua tahun di bawah visa ‘’Aktiviti Khusus’’ sambil mempelajari kuisin tempatan.