Tahap penguasaan bahasa Jepun dan kelayakan diperlukan bagi pelajar luar Negara

kebolehan bahasa Jepun diperlukan bagi pelajar luar negara

Tahap penguasaan bahasa Jepun yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat

Menurut hasil kaji selidik tentang tahap penguasaan bahasa Jepun yang difokus oleh syarikat-syarikat semasa pengambilan pelajar asing, “Keupayaan untuk memahami idea speaker” dan “Keupayaan untuk menyatakan idea sendiri” adalah kedua-duanya kedudukan teratas, dan diikuti oleh “Keupayaan untuk menyatakan dengan betul, setelah mengambil kira kesemua TPO(masa/tempat/majlis) dan hubungan manusia”.

Di samping itu, syarikat-syarikat Jepun merujuk kepada keputusan ujian berikut apabila menilai tahap penguasaan bahasa Jepun untuk pelajar bahasa asing.

  • Ujian penguasaan bahasa Jepun (JLPT)
  • Peperiksaan kemasukan ka universiti Jepun untuk pelajar antarabangsa (EJU)
  • Ujian Kemahiran Perniagaan Jepun (BJT)

Kelayakan yang diperlukan bagi pelajar luar Negara

Tahap kemahiran Jepun yang perlu untuk mencari pekerjaan adalah JLPT “N2” atau lebih tinggi

Menurut hasil kajian, kira-kira 83% daripada syarikat mengambil pekerja yang memegang “N1” Ujian penguasaan bahasa Jepun (JLPT), dan 9% dari syarikat-syarikat yang mengambil pemegang “N2”. Berkenaan Ujian Kemahiran Perniagaan Jepun (BJT), kebanyakan syarikat mengambil pelajar antarabangsa dengan tahap “J2” atau lebih, yang merupakan lebih 500 markah.

Bagaimanapun, 20% syarikat atau kurang menggunakan keputusan peperiksaan Bahasa Jepun sebagai kriteria pekerjaan, yang mana sebenarnya hanya sebahagian kecil. Dalam erti kata lain, dengan tidak di sangka syarikat syarikat mengambil pelajar pelajar antarabangsa dengan 90% daripada mereka telah memegang JLPT “N1” dan “N2”.

Lebih dari itu, warga asing dijangka akan menjadi dwibahasa yang boleh bertutur bahasa Jepun dan bahasa ibunda mereka, bukan sahaja bahasa Jepun. Dan jika pelajar antarabangsa berbilang lingual yang boleh berbahasa Inggeris selain bahasa Jepun dan bahasa ibunda mereka, mereka adalah lebih penting dan mereka boleh memainkan peranan yang aktif secara meluas. Pelajar antarabangsa tersebut boleh membuat rayuan kepada syarikat-syarikat mengenai kemahiran pelbagai bahasa sebagai kekuatan mereka, yang boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Syarikat swasta secara amnya tidak memerlukan kelayakan

Di Jepun perusahaan swasta, hanya beberapa kelayakan yang diperlukan apabila pengambilan pelajar antarabangsa. Syarikat-syarikat Jepun menyediakan pelbagai latihan dan pendidikan bagi kakitangan baru. Syarikat menggalakkan dan menyokong kakitangan baru untuk memperolehi kelayakan yang diperlukan untuk perniagaan setiap kali.

Bagaimanapun, dalam jawatan di syarikat-syarikat IT, pendidikan latar belakang tidak perlu sekiranya pemohon mempunyai kelayakan-kelayakan yang di perlukan. (Untuk maklumat lanjut, lihat “Prosedur yang berkaitan dengan pengambilan jurutera asing IT di Jepun” Agensi Promosi Teknologi Maklumat (IPA)).

Kelayakan diperlukan untuk rawatan perubatan, penjagaan rumah orang-tua dan penyenggaraan kereta

Orang-orang yang ingin bekerja sebagai kakitangan perubatan di institusi-institusi perubatan, mereka yang ingin bekerja sebagai pekerja penjagaan kemudahan dan lain-lain, dan orang-orang yang ingin bekerja sebagai seorang mekanik kereta memerlukan kelayakan negara Jepun. Pekerjaan yang memerlukan kelayakan nasional adalah seperti berikut.

Sektor pekerjaan memerlukan kelayakan Negeri]
Perubatan Doktor, Jururawat, Penolong Jururawat, Doktor Gigi, Kebersihan pergigian, Bidan, Farmasi, Jururawat kesihatan awam, Terapi fizikal, Terapi pekerjaan, Terapi pertuturan, Radiologi perubatan, Juruteknik Kejuruteraan klinikal, Prosthetists, Orthoptist
Penjagaan rumah orang-tua Penjaga
Penyelenggaraan Automobil Mekanik Automobil (gred kedua atau lebih tinggi)
PAGETOP